Karangan Pelajar Sekolah Rendah Changkat!

Monday, August 27, 2007

Mohd Suffian

Kriing!!! Jam loceng Alex berdering.Alex memusing ke arah jamnya.Sudah pukul 6:50! Alex terbangun lambat.Dia terus pergi ke tandas dan mandi.Selepas itu, dia berlari pantas ke dapur dan mengambil sekeping roti.Dia pergi ke peti sejuk dan minum segelas jus oren.Dia mengambil begnya dan berlari keluar rumah. Nasib baik sekolahnya di hadapan rumahnya.

Pengawal keselamatan hendak menutup pagar.Dia pun memekik kepada pengawal keselamatan itu : "JANGAN TUTUP PAGAR!" Dia berlari sepantas kilat ke dewan sekolahnya.Kelasnya baru hendak pergi ke bilik darjah apabila Alex sampai di situ.Alex dimarahi kerana dia lambat.Dia pun belajar di kelasnya dengan senyap. Kawan - kawannya bertanya mengapa dia senyap sedangkan dia selalu becok.

Apabila masa waktu rehat, dia ternampak di tanganya tiada jam tangan. Dia terlupa memakai jam tanganya. Dia takut yang dia telah hilang jam tanganya. Selapas sekolah, dia balik dan terus bertanya kakaknya, Brenda, kalau dia ternampak jam tangannya itu.Brenda tidak nampak dan suruh Alex mandi, buat kerja rumah, makan dan tidur.

Selepas makan malam Alex hendak tidur. Dia mengangkat selimutnya untuk baring dan dia ternampak jam tanganya. Dia sangat bersyukur dan janji dia tidak lupa membawa barang lagi.

_________________________________________________________

0 Comments:

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home