Karangan Pelajar Sekolah Rendah Changkat!

Monday, August 27, 2007

Feriz

Nama saya Solahuddin.Saya lambat untuk sekolah kerana saya lambat bangun tidur. Saya berlari cepat macam tikus ke sekolah.

Saya berlari ke pagar sekolah saya dan melihat pengawai keselamatan baru hendak menutup pagar sekolah. Saya jerit, “Tunggu!” Dia membenarkan saya masuk. Saya dimarahi oleh pengawai keselamatan dan dilarang datang lambat lagi. Cikgu saya juga memarahi saya. Saya pergi tempat duduk di dewan sekolah dengan cepat.

Apabila tiba waktu rehat, saya membeli makanan dan air. Saya terpandang tangan saya dan melihat jam tangan saya tiada di situ. Saya memikirkan di mana saya meletakkan jam tangan saya. Selalunya saya letak di dalam bilik saya tetapi kini saya lupa di mana saya meletakkannya.

Apabila pulang ke rumah, saya bertanya kakak yang selalu tahu di mana saya meletak barang – barang saya. Kakak saya bernama Natasha. Dia sedang menyediakan makanan untuk makan malam. Ibu dan bapa saya juga makan malam bersama.Mereka suka masakan kakak. Kami memakan selepas makan saya mandi. Sesudah habis memandi saya hendak pergi tidur.

_________________________________________________________

1 Comments:

At August 28, 2007 at 10:57 PM , Anonymous Anonymous said...

feriz you rox

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home