Karangan Pelajar Sekolah Rendah Changkat!

Monday, August 27, 2007

Harith Iskandar

Harith tidak sabar untuk pergi ke sekolah kerana dia hendak bercakap dengan kawannya.Harith pun berlari dengan pantas ke sekolah.Dia selalu gembira bila ada kawan. Dia tidak makan tetapi dia tidak lapar. Dia pun hendak meminjam buku dari mereka kerana buku mereka sangat menarik. Bila dia berlari, dia berpeluh-peluh. Dia pun hendak bermain dengan mereka. Mereka pun hendak makan bersama-sama.

Bila Harith terdengar loceng berbunyi, dia tidak sabar untuk pergi ke kantin
kerana dia hendak makan makanan kegemarannya,roti prata dan ayam. Dia sudah membawa dua puluh sen untuk membeli banyak makanan kegemarannya. Dia pun selalu pergi ke gerai nombor tujuh dan gerai nombor satu. Bila Harith sudah membeli makanannya dia terus makan makanannya dengan cepat.Selepas itu dia bermain dengan kawan-kawannya di padang. Bila Harith hendak melihat jamnya untuk tahu waktunya, dia terperanjat kerana jamnya tiada di tangannya.

_________________________________________________________

2 Comments:

At August 28, 2007 at 11:03 PM , Anonymous Anonymous said...

KArangan awak okay.

 
At August 28, 2007 at 11:03 PM , Anonymous Anonymous said...

KArangan awak okay.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home