Karangan Pelajar Sekolah Rendah Changkat!

Monday, August 27, 2007

Nur Asrinah

Pada hari Isnin,Indra pergi ke sekolah. Dia kelihatan takut sekali semasa dia berlari pergi ke sekolah. Indra lambat kerana dia mahu mencari jam tangannya. Semasa Indra sedang berlari ke sekolah, dia kata dengan cemas : ”Alamak,macam mana ni? Jam tangan saya di mana ya? Semalam,saya letak jam tangan saya di atas katil. Tidak apalah. Balik sekolah nanti saya cari.” Sesampainya di sekolah,Indra dimarahi oleh gurunya. Dia berkata,”Minta maaf, cikgu. Saya mencari jam tangan saya.” Gurunya berkata,”Awak boleh cari nanti bila awak sudah pulang. Baiklah. Lain kali, jangan lambat lagi.” ”Ya, cikgu,” Indra menjawab.

Apabila sudah waktu rehat,Indra masih pusing tentang jam tangannya. Bila Indra sedang makan, tiba tiba rakan-rakannya datang dan duduk di sebelahnya. Rakan –rakan Indra amat khuatir kerana Indra tidak bercakap dengan mereka apabila dia baru sahaja memasuki ke bilik darjah. Salah seorang rakannya bertanya,”Indra,kenapa awak senyap sahaja dari tadi? Awak sedang memikir apa? Indra? Indra! Eh,kenapa ni?”

Indra menjawab dengan sedih,”Minta maaf. Saya sedang memikirkan tentang jam tangan saya tu. Saya tidak ingat di mana saya letak. Saya sedang mencari jam tangan saya pagi tadi sebelum saya pergi ke sekolah. Sebab itulah saya lambat. Jam tangan itu sangat penting bagi saya kerana jam tangan itu dihadiahkan oleh ayah saya. Ayah saya kata saya mesti simpan jam tagan itu dengan baik.”

Bila sudah habis sekolah,Indra berlari dengan cepat untuk pulang ke rumahnya kerana dia hendak mencari jam tangan kegemarannya yang hilang itu. Apabila Indra sudah tiba di rumahnya, dia membuka pintu dan menanggalkan kasut sekolahnya. Selepas itu, Indra terus pergi ke tandas dan mandi untuk menyegarkan diri. Selepas dia mandi dan memakai baju, dia memanggil ibunya. ”Ibu,ibu ada nampak jam tangan saya tak? Saya sudah lupa di mana saya letak.” Ibu menjawab,”Ibu tidak tahu. Ibu tidak sentuh barang apa-apa pun. Jadi jangan bertanya kepada ibu. Indra,pergi siap kerja rumah kalau ada. Malam nanti,selepas kita makan malam, Indra pergilah cari jam tangan tu. Mesti Indra tinggalkan di bawah tilam.”

Bila sudah malam,Indra sangat letih sekali untuk mencari jam tangannya. Dia duduk di atas katilnya. Indra menyelak selimutnya dan ternampak jam tangannya di bawah tilam. Dia sangat gembira sekali. Indra berkata d dalam hati, ”Akhirnya saya dapat jumpa jam tangan saya. Memang benar kata ibu tadi. Rupanya,jam tangan saya di bawah tilam.” Indra tidur dengan lena kerana dia sudah dapat menjumpa jam tangan kegemarannyz.

_________________________________________________________

11 Comments:

At August 28, 2007 at 10:56 PM , Anonymous Anonymous said...

sangaut punjung

 
At August 28, 2007 at 10:58 PM , Anonymous Anonymous said...

KENAPA KAMU HARUS MENGGUNAKAN NAMA SAYA!!!!!!

 
At August 28, 2007 at 10:59 PM , Anonymous Anonymous said...

pootpoot

 
At August 28, 2007 at 10:59 PM , Anonymous Anonymous said...

pootpoot

 
At August 28, 2007 at 10:59 PM , Anonymous Anonymous said...

pootpoot

 
At August 28, 2007 at 10:59 PM , Anonymous Anonymous said...

pootpoot

 
At August 28, 2007 at 10:59 PM , Anonymous Anonymous said...

pootpoot

 
At August 28, 2007 at 10:59 PM , Anonymous Anonymous said...

pootpoot

 
At August 28, 2007 at 11:01 PM , Anonymous Anonymous said...

Asrinah,Karangan awak sangat baik tetapi,panjang sangatlah.Kalau boleh,awak jangan panjangkan cerita awak YA!!!!!!!!!!!!!!!!
Awak pun ada keahiran yang.......PALING GEMBIRA!

 
At August 28, 2007 at 11:04 PM , Anonymous Anonymous said...

Banyaknya kesilapan awak,Asrinah. Saya harap awak tidak akan membuat kesilapan itu lagi.

 
At August 28, 2007 at 11:05 PM , Anonymous Anonymous said...

Saya suka cerita awak tetapi awak ada banyak kesilapan.Kalau saya adalah guru kamu,saya akan memberi awak "baik".Jangan putus asa,ya!

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home