Karangan Pelajar Sekolah Rendah Changkat!

Monday, August 27, 2007

Nur Farizah

Fariz keluar rumah lambat. Dia sedang berlari ke Sekolah Rendah Riang. Fariz terlambat kerana tadi dia terbngun lambat. Sekolahnya mula pada jam 7 pagi tetapi dia sampai di sekolah pada pukul 7.10 pagi. Dia masuk menerusi pagar sekolah. Tiba – tiba pengetua sekolah berdiri di hadapanya. “Mengapa kamu lambat Fariz?” tanya pengetua. “Maaf , saya terbangun lambat kerana semalam saya tidur lewat," jawab Fariz. Pengetua melepaskan Fariz dan dia berlari ke bilik darjahnya. Apabila di sekolah , Fariz belajar seperti biasa . Dia belajar dengan bersungguh-sungguh dan tidak teringat tentang jam tangannya.

Semasa waktu rehat, baharu Fariz teringatkan tentang jamnya. Dia membeli makanannya dan duduk di sebuah kerusi. “ Eh ,mana jam saya ? ”kata Fariz sambil menggaru kepalanya. Fariz pergi mencari jamnya di seluruh kantin tetapi jamnya tiada di mana – mana. Fariz menangis kerana kahilangan jam tangannya. Tiba - tiba seorang guru datang ke arahnya dan bertanya, “Kenapa kamu menangis ?” “Saya tidak tahu mana jam tangan saya dan saya tahu apabila balik ibu akan memarahi saya,” kata Fariz dengan sedih. “Kamu cuba ingat mana kamu latak jam itu,” suruh cikgunya. Fariz memikir panjang. Tiba - tiba dia berkata, “Terima kasih cikgu, saya sudah ingat!”

Loceng sudah berbunyi dan sekolah sudah tamat. Fariz berlari ke rumah dengan pantas. “Kakak ada nampak mana jam saya?” Fariz bertanya kakaknya. “Tidak,” jawab kakaknya.

Malam tiba dan Fariz pergi mandi sebelum tidur. Fariz pergi ke katilnya. Dia mengangkat selimutnya dan ternampak jamnya. “Alhamdulillah sudah jumpa pun," katanya dengan gembira.

_________________________________________________________

5 Comments:

At August 28, 2007 at 10:57 PM , Anonymous Anonymous said...

Sangat baik! Saya suka membaca cerita awak. =)

 
At August 28, 2007 at 10:59 PM , Anonymous Anonymous said...

Fariza,

Karangan awak seronok!Saya suka karangan kerana seronak dan aada banyak perkataan tau...



-Natasha-

 
At August 28, 2007 at 11:00 PM , Anonymous Anonymous said...

Fariza,

Karangan awak seronok!Saya suka karangan kerana seronak dan aada banyak perkataan tau...



-Natasha-

 
At August 28, 2007 at 11:01 PM , Anonymous Anonymous said...

FARISKAN NAMA ABANG ENKAU?

 
At August 28, 2007 at 11:01 PM , Anonymous Anonymous said...

FARISKAN NAMA ABANG ENKAU?

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home