Tuesday, August 28, 2007
Raziq
HARI ITU,SHAHRIL BANGUN DARI KATIL DAN TERUS KE TANDAS. SELEPAS DIA SUDAH MANDI,DIA TERUS PERGI KE DAPUR. KAKAKNYA, SERI, MENYEDIAKAN MAKANAN UNTUK SHAHRIL KERANA EMAKNYA SUDAH MENINGGAL DUNIA. SELALU SHAHRIL MEMAKAN ROTI YANG DISAPU DENGAN JEM STRAWBERRI DAN MEMINUM MILO PANAS. DIA MELIHAT JAM DI RUANG TAMU SUDAH PUKUL SEMBILAN PAGI. DIA SUDAH LAMBAT KE SEKOLAH. DIA TERUS MENGAMBIL BEG LALU BERLARI KE SEKOLAH.
DIA TERUS KE KELASNYA. CIKGU ZAFIRA SANGAT MARAH PADANYA. DI KELAS, DIA CEPAT- CEPAT MENGHABISKAN KERJANYA. BILA LOCENG BERBUNYI, KELAS 4M3 SUDAH BOLEH KE KANTIN. DIA MEMBELI MEE REBUS DI GERAI NOMBOR LAPAN. DIA TERNAMPAK YANG DIA TERLUPA MEMBAWA JAM TANGANNYA.
PADA PUKUL ENAM PETANG, DIA TERUS BALIK KE RUMAHNYA.BILA DIA SUDAH SAMPAI DI RUMAH,DIA TERUS KE TANDAS. BILA DIA MEMASUKI BILIKNYA,DIA TERUS MENGAMBIL BAJU DAN MEMAKAINYA. DIA MAKAN MEE REBUS YANG DIA SUKA UNTUK MAKAN MALAM. DIA MEMAKAN SAMBIL MENONTON TELEVISYEN.
SELEPAS MENCUCI PINGGAN, DIA TERUS TIDUR. SEMASA DIA MEMBUKA PINTU BILIKNYA DIA TERNAMPAK JAM TANGANNYA. DIA GEMBIRA MELIHAT JAM TANGANNYA DI SITU. MALAM ITU DIA TIDAK BOLEH TIDUR. DIA TERINGATKAN EMAKNYA.
Nurulain
Pada suatu hari,Indra lambat ke sekolah. Dia pun berlari dengan pantas kerana takut dia akan didenda.Dia lewat kerana terlupa jam tangannya. Indra bersekolah di Sekolah Rendah Changkat. Dia membawa beg berwarna merah. Dia sangat sedih kerana takut dimarahi oleh guru besar dan gurunya. Semasa di pagar masuk sekolah, dia menulis namanya di buku catatan guru disiplin kerana lewat. Indra mencari kelasnya yang sedang menjalankan latihan jasmani. Mereka di dewan sekolah. Indra berkata kepada dirinya sendiri, "Saya terlajak kerana jam loceng saya rosak. Sebab itu saya lewat."
Semasa di kantin,Indra terlupa di mana dia meletakkan jam tangannya. Dia tidak menjaga barangnya dengan baik. Dia orang yang selalu terlupa barangnya. Semasa dia ke kelas, dia mencarinya di bawah meja dan di dalam begnya. Kasihan Indra, tidak dapat mencari jam tangannya.
Selepas dia pulang ke rumah, dia memberitahu ibunya, Asrinah. Ibunya sudah 33 tahun. Ibunya sedang memotong timun semasa Indra datang. Ibunya baik hati, orang yang sopan dan berbudi bahsa. Indra tidak ingat mana dia meletak jam tangannya. Ibunya pun tidak tahu mana Indra meletakkan jam tangannya. Indra berasa sedih kerana jam tangannya tidak dapat dijumpai. Ibunya juga turut berasa sedih.
Malam itu sebelum Indra tidur, dia menggosok giginya dengan bersih. Dia pun masuk ke bilik tidurnya.Apabila Indra mmbuka selimutnya, dia melihat yang jam tangannya berada di atas katilnya. Dia bergegas untuk memberitahu ibunya yang jam tangannya memang ada di atas katilnya.
Nurul Idayu
Pada minggu lalu, Salim terlalu marah pada dirinya sendiri kerana dia bangun lambat. Salim tidur lambat pada malam sebelumnya.
Dia berlari ke sekolah dengan baunya sangat busuk kerana dia tidak sempat mandi atau memberus giginya. Dia pun terlupa untuk periksa begnya. Pagar sekolah Salim pun hendak ditutup pegawai keselamatan.
Semasa dia makan pada waktu makan, dia sedar jam tangannya tiada. Dia bertanya pada orang di kantin dan orang itu pun tidak tahu di manakah jam tangannya. Salim berasa risau.
Loceng pun telah berbunyi yang bermakna murid-murid boleh balik. Salim menaiki bas untuk pulang. Di rumahnya, dia membuat kerja rumahnya dengan cepat.
Hari pun sudah malam. Selepas Salim menonton televisyen, dia terus ke tempat tidurnya. Dia baru sahaja hendak baring, lalu dia ternampak jam tangannya ada di katilnya.
Nurfazira
Darien sudah lambat ke sekolah. Dia pergi ke sekolah dengan berjalan kaki. Darien takut lambat sampai di sekolah. Dia lambat kerana bangun lewat.
Selepas itu Darien tidak rasa yang dia terlupa memakai jam tangannya. Dia baharu menyedari yang dia tidak memakai jam tangannya. Dia terlupa memeriksa begnya.
Selepas sekolah, Darien terus balik ke rumah untuk memberitahu ibunya yang dia kehilangan jam tangannya. "Ibu, nampak jam Darien?" tanya Darien. "Tidak nampak," jawab ibunya.
Setelah Darien mandi, dia mahu tidur kerana dia takut bangun lambat lagi. Sesudah itu Darien terus tidur. Apabila menangkat selimutnya, dia ternampak jam tangannya di bawah selimutnya. Dia sangat gembira kerana sudah jumpa jam tangannya.
Nurafiqa
Ahmad berlari secepat kilat di jalan raya. “Alamak! Kalau saya lambat lagi, nanti cikgu akan marah!” fikir Ahmad. “Kalau saya tidak menonton cerita hantu itu semalam, saya tidak akan bangun lambat!” Ahmad menyesal. Pegawai keselamatan sedang menutup pagar itu. Ahmad berlari lebih cepat. “Pakcik! Janganlah tutup pagar itu! Saya belum lagi masuk!” kata Ahmad, ketakutan. Dia sudah lewat ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.
“Adakah budak itu memanggil saya?” pegawai keselamatan itu bertanya dirinya sendiri. “Pakcik tunggu!” jerit Ahmad lagi. Pegawai keselamatan itu berhenti menutup pagar dan menunggu budak lelaki itu sampai di hadapan pagar sekolah. “Terima kasih,” kata Ahmad. Ahmad belari ke kelasnya. “Maaf cikgu saya lambat,” Ahmad meminta maaf. "Awak sudah lewat selama tiga hari berturut - turut! Sekarang, sudah pun waktu rehat. Awak sangat lambat!! Sekarang awak boleh pergi ke kantin,” marah cikgu. Ahmad meletak begnya di kelas lalu ke kantin.
Bila sampai di kantin, dia hendak melihat sudah jam berapa. Kawan-kawannya semua tiada dan tinggal sikit orang sahaja. Seperti biasa, dia melihat jam tangannya. Tetapi, tiada! “Eh? Mana jam tangan saya?” Ahamad sangat bimbang kerana jam itu diberi oleh ayahnya sebagai hadiah hari lahirnya. Ahmad mencari jamnya di kocek dan di tempat-tempat lain. Selepas rehat, Ahmad tidak dapat memberi perhatian kepada cikgu- cikgu yang mengajar walaupun mereka memarahi Ahmad.
Bila keluar sekolah, dia memikir, “Ah! Mesti ada orang yang curi!” Ahamd berlari balik ke rumah dan terus ke dapur. “Ibu! Ibu!” dia memekik. Ibunya sedang memotong timun. “Apa?” tanya ibu. “Ibu, saya rasa jam saya sudah dicuri. Jam saya mahal! Mesti ada seorang yang mencurinya!” dia berkata dengan kuat. “Janganlah pekik. Awak cuma fikir begitu sahaja! Mana tahu awak akan menjumpanya di rumah?” kata ibunya. “Tidaklah. Saya pasti ada orang yang mencurinya!” dia berkata dengan marah. Ibunya ketawa sahaja.
Selepas membuat kerja rumahnya, dia hendak tidur. “Penatlah saya,” dia berkata.
Bila mengangkat selimutnya, dia tidak percaya apa yang dia melihat. “Jam saya di atas katil!” Ahamd berfikir sekejap dan ketawa. “Sekarang, baru saya ingat. Saya membukanya sebelum tidur. Ibu juga yang betul. Esok, saya akan memberitahu ibu tentang apa yang telah terjadi.” Selepas itu, dia terus tidur.
Nur Hafizah
“Cepat! Ambilkan stokin!”kata Ahmad kepada ibunya, Hazifah. “Yelah!”jawab ibunya. Selepas ibunya sudah mengambil stokin, dia terus memakai stokin dan kasutnya. Dia bersalam dengan ibunya dan mula berlari dengan cepat ke sekolah. Apabila dia tiba di hadapan sekolah, pegawai keselamatan membuka pintu untuknya. “Kamu lambat,” kata pegawai itu. “Ini kali kedua. Tetapi kalau kali ketiga, saya akan bilang guru besar,”sambungnya. “Okey,”jawab Ahmad. Apabila tiba di bilik darjah, gurunya memberitahunya,”Ahmad! Jangan datang lambat lagi!”nasihat gurunya. Ahmad mengangguk kepalanya dan duduk di tempat duduknya. Ada soalan yang pusing di kepalanya,”Apa yang buat saya lambat?”
Apabila waktu rehat, soalan tersebut masih pusing dalam kepalanya. Tiba-tiba, sahabat baiknya datang dan duduk di sebelahnya. “Eh Ahmad… mana jam tangan awak?” tanya sahabatnya itu. “Saya tidak tahu,”jawab Ahmad. Selepas dia menjawab soalan sahabatnya, soalan yang pusing di kepalanya sudah ada jawapan. “Ha! Aku tahu!” pekik Ahmad. “Shh… nanti orang ingat kau gila,”nasihat sahabatnya. “Okey…,”kata Ahmad.
Selepas sekolah, Ahmad balik ke rumahnya dengan berjalan kaki. Dia tahu apa yang membuatnya lambat. Apabila dia sampai di rumahnya, dia terus ke dapur untuk mencari ibunya. “Ibu! Ibu nampak jam tangan Ahmad ke tak?” tanya Ahmad. “Tidak. Kamu cuba cari jam tangan itu di tandas. Ahmad selalu membukanya di dalam tandas untuk mandi, kan?”kata ibunya. “Oh, ya!”jawab Ahmad lalu berlari ke arah tandas. Tetapi di tandas juga tiada. Ahmad hairan. Dia pun tanya ibunya lagi. “Ibu… di tandas tak ada jam tangan saya,”kata Ahmad. “Kalau begitu, ibu tidak tahu. Setahu ibu, ibu selalu terjumpa jam tangan Ahmad dalam tandas,”kata ibunya. Ahmad kesedihan dan berjalan balik ke biliknya.
Ahmad selesai membuat kerja sekolahnya. Dia mahu tidur tetapi dia lupa menggosok gigi. Dia pun ke tandas dan menggosok giginya. Selepas dia menggosok giginya, dia periksa tandas, mencari kalau - kalau ada jam tangannya. Tetapi tiada. Dia pun balik ke biliknya. “Saya tidak dapat jumpa jam tangan saya,” kata Ahmad pada dirinya sebelum tidur. “Maknanya saya akan terlambat lagi dan itu kali ketiga saya. Saya juga terpaksa jumpa dengan guru besar,”sambungnya. Dengan perasaan sedih, dia pun membuka selimutnya. Apabila membuka selimutnya, Ahmad ternampak jam tangannya di katilnya! Dia sangat gembira. Dan juga pada masa itu, dia teringat yang dia letakkan jam tangannya di katilnya kerana takut hilang!
