Karangan Pelajar Sekolah Rendah Changkat!

Tuesday, August 28, 2007

Nurul Idayu

Pada minggu lalu, Salim terlalu marah pada dirinya sendiri kerana dia bangun lambat. Salim tidur lambat pada malam sebelumnya.

Dia berlari ke sekolah dengan baunya sangat busuk kerana dia tidak sempat mandi atau memberus giginya. Dia pun terlupa untuk periksa begnya. Pagar sekolah Salim pun hendak ditutup pegawai keselamatan.

Semasa dia makan pada waktu makan, dia sedar jam tangannya tiada. Dia bertanya pada orang di kantin dan orang itu pun tidak tahu di manakah jam tangannya. Salim berasa risau.

Loceng pun telah berbunyi yang bermakna murid-murid boleh balik. Salim menaiki bas untuk pulang. Di rumahnya, dia membuat kerja rumahnya dengan cepat.

Hari pun sudah malam. Selepas Salim menonton televisyen, dia terus ke tempat tidurnya. Dia baru sahaja hendak baring, lalu dia ternampak jam tangannya ada di katilnya.

_________________________________________________________

1 Comments:

At August 28, 2007 at 11:02 PM , Blogger Unknown said...

Idayu, karangan awak sangat menarik.Saya rasa saya hendak buat karangan macam karangan awak.

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home