Karangan Pelajar Sekolah Rendah Changkat!

Tuesday, August 28, 2007

Nurafiqa

Ahmad berlari secepat kilat di jalan raya. “Alamak! Kalau saya lambat lagi, nanti cikgu akan marah!” fikir Ahmad. “Kalau saya tidak menonton cerita hantu itu semalam, saya tidak akan bangun lambat!” Ahmad menyesal. Pegawai keselamatan sedang menutup pagar itu. Ahmad berlari lebih cepat. “Pakcik! Janganlah tutup pagar itu! Saya belum lagi masuk!” kata Ahmad, ketakutan. Dia sudah lewat ke sekolah selama tiga hari berturut-turut.

“Adakah budak itu memanggil saya?” pegawai keselamatan itu bertanya dirinya sendiri. “Pakcik tunggu!” jerit Ahmad lagi. Pegawai keselamatan itu berhenti menutup pagar dan menunggu budak lelaki itu sampai di hadapan pagar sekolah. “Terima kasih,” kata Ahmad. Ahmad belari ke kelasnya. “Maaf cikgu saya lambat,” Ahmad meminta maaf. "Awak sudah lewat selama tiga hari berturut - turut! Sekarang, sudah pun waktu rehat. Awak sangat lambat!! Sekarang awak boleh pergi ke kantin,” marah cikgu. Ahmad meletak begnya di kelas lalu ke kantin.

Bila sampai di kantin, dia hendak melihat sudah jam berapa. Kawan-kawannya semua tiada dan tinggal sikit orang sahaja. Seperti biasa, dia melihat jam tangannya. Tetapi, tiada! “Eh? Mana jam tangan saya?” Ahamad sangat bimbang kerana jam itu diberi oleh ayahnya sebagai hadiah hari lahirnya. Ahmad mencari jamnya di kocek dan di tempat-tempat lain. Selepas rehat, Ahmad tidak dapat memberi perhatian kepada cikgu- cikgu yang mengajar walaupun mereka memarahi Ahmad.

Bila keluar sekolah, dia memikir, “Ah! Mesti ada orang yang curi!” Ahamd berlari balik ke rumah dan terus ke dapur. “Ibu! Ibu!” dia memekik. Ibunya sedang memotong timun. “Apa?” tanya ibu. “Ibu, saya rasa jam saya sudah dicuri. Jam saya mahal! Mesti ada seorang yang mencurinya!” dia berkata dengan kuat. “Janganlah pekik. Awak cuma fikir begitu sahaja! Mana tahu awak akan menjumpanya di rumah?” kata ibunya. “Tidaklah. Saya pasti ada orang yang mencurinya!” dia berkata dengan marah. Ibunya ketawa sahaja.

Selepas membuat kerja rumahnya, dia hendak tidur. “Penatlah saya,” dia berkata.
Bila mengangkat selimutnya, dia tidak percaya apa yang dia melihat. “Jam saya di atas katil!” Ahamd berfikir sekejap dan ketawa. “Sekarang, baru saya ingat. Saya membukanya sebelum tidur. Ibu juga yang betul. Esok, saya akan memberitahu ibu tentang apa yang telah terjadi.” Selepas itu, dia terus tidur.

_________________________________________________________

2 Comments:

At August 28, 2007 at 10:58 PM , Anonymous Anonymous said...

~Afiqa , kau bagus sey karangan kau "type" cepat pulak tu . Kau punye perkataan yang membuat ceritamu sangat menarik!!
BAIK!!!



Farizah

 
At August 28, 2007 at 11:05 PM , Anonymous Anonymous said...

cerita awak sangat baik!saya suka sangat degan karangan kamu.ia panjang tetapi ia sangat bagus.


sangat bagus

 

Post a Comment

Subscribe to Post Comments [Atom]

<< Home