Nur Hafizah
“Cepat! Ambilkan stokin!”kata Ahmad kepada ibunya, Hazifah. “Yelah!”jawab ibunya. Selepas ibunya sudah mengambil stokin, dia terus memakai stokin dan kasutnya. Dia bersalam dengan ibunya dan mula berlari dengan cepat ke sekolah. Apabila dia tiba di hadapan sekolah, pegawai keselamatan membuka pintu untuknya. “Kamu lambat,” kata pegawai itu. “Ini kali kedua. Tetapi kalau kali ketiga, saya akan bilang guru besar,”sambungnya. “Okey,”jawab Ahmad. Apabila tiba di bilik darjah, gurunya memberitahunya,”Ahmad! Jangan datang lambat lagi!”nasihat gurunya. Ahmad mengangguk kepalanya dan duduk di tempat duduknya. Ada soalan yang pusing di kepalanya,”Apa yang buat saya lambat?”
Apabila waktu rehat, soalan tersebut masih pusing dalam kepalanya. Tiba-tiba, sahabat baiknya datang dan duduk di sebelahnya. “Eh Ahmad… mana jam tangan awak?” tanya sahabatnya itu. “Saya tidak tahu,”jawab Ahmad. Selepas dia menjawab soalan sahabatnya, soalan yang pusing di kepalanya sudah ada jawapan. “Ha! Aku tahu!” pekik Ahmad. “Shh… nanti orang ingat kau gila,”nasihat sahabatnya. “Okey…,”kata Ahmad.
Selepas sekolah, Ahmad balik ke rumahnya dengan berjalan kaki. Dia tahu apa yang membuatnya lambat. Apabila dia sampai di rumahnya, dia terus ke dapur untuk mencari ibunya. “Ibu! Ibu nampak jam tangan Ahmad ke tak?” tanya Ahmad. “Tidak. Kamu cuba cari jam tangan itu di tandas. Ahmad selalu membukanya di dalam tandas untuk mandi, kan?”kata ibunya. “Oh, ya!”jawab Ahmad lalu berlari ke arah tandas. Tetapi di tandas juga tiada. Ahmad hairan. Dia pun tanya ibunya lagi. “Ibu… di tandas tak ada jam tangan saya,”kata Ahmad. “Kalau begitu, ibu tidak tahu. Setahu ibu, ibu selalu terjumpa jam tangan Ahmad dalam tandas,”kata ibunya. Ahmad kesedihan dan berjalan balik ke biliknya.
Ahmad selesai membuat kerja sekolahnya. Dia mahu tidur tetapi dia lupa menggosok gigi. Dia pun ke tandas dan menggosok giginya. Selepas dia menggosok giginya, dia periksa tandas, mencari kalau - kalau ada jam tangannya. Tetapi tiada. Dia pun balik ke biliknya. “Saya tidak dapat jumpa jam tangan saya,” kata Ahmad pada dirinya sebelum tidur. “Maknanya saya akan terlambat lagi dan itu kali ketiga saya. Saya juga terpaksa jumpa dengan guru besar,”sambungnya. Dengan perasaan sedih, dia pun membuka selimutnya. Apabila membuka selimutnya, Ahmad ternampak jam tangannya di katilnya! Dia sangat gembira. Dan juga pada masa itu, dia teringat yang dia letakkan jam tangannya di katilnya kerana takut hilang!

1 Comments:
salam cikgu...karangan sesuai untuk tahun berapa ya?
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home