Nurulain
Pada suatu hari,Indra lambat ke sekolah. Dia pun berlari dengan pantas kerana takut dia akan didenda.Dia lewat kerana terlupa jam tangannya. Indra bersekolah di Sekolah Rendah Changkat. Dia membawa beg berwarna merah. Dia sangat sedih kerana takut dimarahi oleh guru besar dan gurunya. Semasa di pagar masuk sekolah, dia menulis namanya di buku catatan guru disiplin kerana lewat. Indra mencari kelasnya yang sedang menjalankan latihan jasmani. Mereka di dewan sekolah. Indra berkata kepada dirinya sendiri, "Saya terlajak kerana jam loceng saya rosak. Sebab itu saya lewat."
Semasa di kantin,Indra terlupa di mana dia meletakkan jam tangannya. Dia tidak menjaga barangnya dengan baik. Dia orang yang selalu terlupa barangnya. Semasa dia ke kelas, dia mencarinya di bawah meja dan di dalam begnya. Kasihan Indra, tidak dapat mencari jam tangannya.
Selepas dia pulang ke rumah, dia memberitahu ibunya, Asrinah. Ibunya sudah 33 tahun. Ibunya sedang memotong timun semasa Indra datang. Ibunya baik hati, orang yang sopan dan berbudi bahsa. Indra tidak ingat mana dia meletak jam tangannya. Ibunya pun tidak tahu mana Indra meletakkan jam tangannya. Indra berasa sedih kerana jam tangannya tidak dapat dijumpai. Ibunya juga turut berasa sedih.
Malam itu sebelum Indra tidur, dia menggosok giginya dengan bersih. Dia pun masuk ke bilik tidurnya.Apabila Indra mmbuka selimutnya, dia melihat yang jam tangannya berada di atas katilnya. Dia bergegas untuk memberitahu ibunya yang jam tangannya memang ada di atas katilnya.

7 Comments:
sangat bagus sekali!
bagus sekali ain.saya fikir awak boleh jadi penulis yang habat sekali.buat lagi banyak lagi ok.
bagus sekali ain.saya fikir awak boleh jadi penulis yang habat sekali.buat lagi banyak lagi ok.
This comment has been removed by the author.
nurulain,saya rasa awak punya karangan sangat baik.Ia pun pengakhiran yang gembira.
Nurul Ain,saya rasa awak punya karangan dan dialog awak sangat bagus.Tetapi saya sangat terkejut kerana awak menulis nama saya di karangan sebagai ibu Indra.Awak punya karangan jangan pangang sangat dan dialog!!!Awak pun ada keahiran yang sangat bagus daripada saya.
Ain, awak punya karangan sangat bagus!
Post a Comment
Subscribe to Post Comments [Atom]
<< Home